TIPS BAYI TIDUR LENA PADA WAKTU MALAM

Bila dah jadi ibu, antara perkara yang sering kita titik beratkan adalah waktu tidur bayi. Betul, kan. Mengapa agaknya ya?
  
Sekadar gambar hiasan. Sumber : Google

Mengapa tidur yang cukup perlu untuk bayi?


Waktu tidur yang cukup adalah sangat penting bagi bayi. Ini kerana semasa tidur tubuh dan seluruh sistemnya berehat seketika dan membantu proses tumbesaran bayi tersebut. Pada masa yang sama, metabolisme, denyutan jantung dan pernafasan mula menjadi perlahan.

Sekiranya tidur bayi terganggu akibat faktor persekitaran yang tidak aman, secara umumnya ia tidak menjejaskan proses perkembangan bayi secara langsung. Akan tetapi, jika bayi tidak mendapat rehat yang cukup, ia secara tidak langsung akan menyebabkan proses pembelajaran, mood, perangai dan pertumbuhannya dibimbangi boleh tergugat.


Corak tidur bayi.


Corak tidur bayi adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur.
Bayi bawah 3 bulan : lebih kurang 16 jam sehari.
Bayi 3 hingga 6 bulan : lebih kurang 14-16 jam sehari.
Bayi 6 hingga 12 bulan : lebih kurang 4 - 12 jam sehari.


5 tips bayi tidur lena pada waktu malam


1. Pastikan bayi selesa sebelum tidur.
   Bersihkan bayi dan tukar lampinnya agar bayi berasa selesa. Susukan bayi sebelum waktu   
   tidurnya.


2. Amalkan pola tidur bersih atau sleep hygiene.
Cara ini boleh diamalkan agar bayi dapat tidur malam yang lebih berkualiti.  Caranya adalah dengan membuat rutin waktu tidur anak, iaitu tidur dan bangun pada jam yang sama setiap hari.  Hindarkan segala gangguan bunyi seperti bunyi televisyen atau radio dan matikan suis lampu. Faktor yang boleh mengganggu tidur anak perlu dihindari setengah jam sebelum rutin waktu tidur bayi.


3. Tidur pada waktu yang sama setiap hari.
Waktu yang ideal untuk bayi tidur adalah jam 8 malam hingga 9 malam. Jangan biasakan bayi tidur lewat selepas jam 10 malam.


4. Amalkan urutan lembut atau dodoikan bayi.
Selain daripada membina bonding antara bayi dan ibu atau ayah, urutan lembut boleh membuatkan bayi berasa lebih selesa dan tenang. Kajian juga melaporkan bahawa bayi dan kanak-kanak yang diurut 15 minit sebelum tidur akan dapat tidur lebih lena tanpa terjaga.

5. Gunakan Balm Sleep Time
Balm Sleep Time diformulasi daripada minyak pati tumbuhan atau essential oil seperti lavendar, cedar, vertiver, roman chamomile, sweet orange, marjoram, tangderine fruit fermit dan ylang ylang yang dapat membantu merangsang bayi agar dapat tidur lebih selesa.
Menurut kajian, minyak pati lavendar yang juga terdapat di dalam balm ini dilaporkan mampu meningkatkan kualiti tidur dan membantu si pemakai berasa lebih relaks.


KELEBIHAN BALM SLEEP TIME


  • Membantu anak agar mudah lena.
  • Membantu anak bangun dalam mood yang ceria.


Nak dapatkan balm ini untuk Si Comel? Hanya RM49 (Kos pos RM8). Pembelian lebih daripada 1 balm akan mendapat diskaun sebanyak 10%.
Whatsapp kami di www.whatsapp.my/60128219688/sleeptime untuk pertanyaan atau pembelian.

Ulasan