PETUA DAN TIPS HILANGKAN BATUK ANAK

PETUA DAN TIPS HILANGKAN BATUK ANAK

Risaunya bila anak terutamanya bayi diserang batuk, kan. Si Comel nak tidur pun susah. Nak bagi makan ubat, memang agak 'berat' untuk bayi terutamanya yang berusia 6 bulan ke bawah. Risau mama dibuatnya.

Sumber : Google

Ni ummu kongsikan beberapa tips ringkas untuk kurangkan batuk bayi dan kanak-kanak.


1. Rehat secukupnya.

Ibu bapa perlu mengelakkan bawa anak keluar ke tempat-tempat sesak dan ramai kerana anak akan terasa terlalu letih dan melambatkan proses penyembuhan. Selain itu, ianya juga akan menyebabkan virus tersebut kepada kanak-kanak lain.



2.  Tepuk Percussion.

Tepuk ini bagi memudahkan pengeluaran kahak. caranya dengan menepuk bahagian badan ( depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.
Cara melakukan tepuk Percussion ini boleh dilihat dalam video di bawah.






3. Mandi menggunakan hirisan lemon.

Ini salah satu petua yang sangat seronok digunakan untuk anak. Jangan kata anak batuk tak boleh mandi, tau. Kena mandi juga. Untuk bantu redakan batuk dan selesema anak, mandi lemon ni sangat mudah dilakukan.

Caranya senang sahaja. Hanya perlu letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon bukan sahaja boleh menyegarkan malah dipercayai boleh membantu mengeringkan hingus anak.



4. Lakukan urutan.

Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Melalui urutan juga akan dapat membina bonding di antara ibu bapa dan bayi.

Video di bawah menunjukkan contoh teknik urutan yang boleh ibu ayah gunakan untuk bayi yang mengalami batuk dan selesema. 





5. Sedut hingus menggunakan penyedut hingus.

Ibu dan bapa boleh mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus menggunakan alat penyedut hingus. Alat ini kini boleh didapati sama ada di kedai menjual barangan bayi, farmasi ataupun melalui pembelian di kedai dalam talian.

Namun, sebelum dan selepas menggunakan alat ini, kebersihan alat perlu diutamakan. 



6. Jaga pemakanan bagi ibu yang masih menyusukan dan anak.

Adalah sangat penting untuk ibu yang masih menyusukan anak sepenuhnya menjaga pemakanan, khususnya ketika anak kecil kurang sihat. Ibu boleh banyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sup ayam dan daging.

Khasiat daripada makanan tersebut akan dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan demam.

Bagi anak yang sudah boleh makan makanan pejal, elakkan beberapa makanan yang boleh menjadikan batuk dan selesema anak semakin teruk. Contoh makanan tersebut adalah seperti gambar di bawah.





7. Gunakan Balm CF-Rub.

Cara yang lebih mudah dan pantas, ibu-ibu boleh gunakan balm CF-Rub daripada Tasneem Naturel. Balm ini diekstrak daripada bahan semula jadi seperti kulit, kayu putih, tea tree, lemon dan cypress bagi meredakan batuk dan selesema anak kecil.



Semoga bermanfaat.